Wednesday, July 8, 2015

reusremi muarah wahau

Do’a Seorang Kekasih
Oh Tuhan…
Seandainya telah Kau catatkan…


Dia milikku tercipta untuk diriku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan…


Ya Allah…
kumohon apa yang telah Kau takdirkan…
kuharap dia adalah yang terbaik buatku…


Kerana Engkau tahu segala isi hatiku…
Pelihara daku dari kemurkaan-Mu…


Ya Tuhanku…
Yang Maha Pemurah…
Beri kekuatan jua harapan…
Membina diri yang lesu tak bermaya…
Semaikan setulus kasih di jiwa…


Ku pasrah kepada-Mu…
Kurniakanlah aku pasangan yang beriman….
Bisa menemani aku
supaya ku dan dia dapat melayar bahtera
kembara cinta yang Engkau redhai…


Ya Allah..
Oh Tuhan…
Seandainya dia menjadi milikku…
satukanlah…


Ya Allah…
Kumohon apa yang telah Kau takdirkan…
Kuharap dia adalah yang terbaik buatku…
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
pelihara daku dari kemurkaan-Mu…


Ya Tuhanku…
Yang Maha Pengasih…
Engkau sahaja pemeliharaku…
Dengarkan rintihan hamba-Mu ini…


Jangan Engkau biarkan ku sendiri…
Agar ku bisa bahagia walau tanpa bersamanya…
Gantikanlah yang hilang…
Tumbuhkan yang telah patah…
Ku inginkan bahagia di dunia dan akhirat…
Pada-Mu Tuhan kumohon segala…

No comments:

Post a Comment