~ Ikatan hati kita terlerai satu persatu ~
Kesempurnaan itu adalah harapan
dalam kehidupan kita
namun
kerana inginkan kesempurnaan itu
ikatan hati kita terlerai satu persatu
tanpa sengaja
maafkan aku, kekasih
atas rapuhnya tugu cinta kita
maafkan aku
kerana tak mampu memberikan warna-warna indah
dalam hidupmu
aku tahu memang menyakitkan
tetapi itulah yang perlu kita telan
apakan daya
aku tak mampu bertahan mengampuh cinta ini lagi
tak mampu menjadi seperti yang kau ingini...